Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, […]
KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri. Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan. Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki […]
KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memandang berat dan dukacita terhadap tindakan pihak tertentu di negeri ini yang ‘mengurniakan’ darjah kebesaran kepada individu dengan sewenang-wenangnya. Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata, kegiatan jual anugerah itu dilakukan sebuah pertubuhan yang mengurniakan pelbagai anugerah, termasuk gelaran ‘Datuk’ kepada individu di dalam dan luar […]
Tuanku Faris guna gelaran Sultan Muhammad Ke-V Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda. Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. “Al-Sultan […]
KOTA BHARU 13 Sept. – Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. “Maka dengan ini […]
- 1
- 2