Kursus WordPress Advanced Tempat : ICT Incubator Sdn Bhd Masa : 9 pagi Tarikh : 11 Oktober 2011 Kursus Advanced WordPress telah berjaya dijalankan pada 11 Oktober 2011 bertempat di bilik latihan Incubator. Perserta kursus kali ini dihadiri oleh staff IT Kumpulan PKB dan staff ICT Incubator.
Kami telah mengemaskini nama-nama pakej hosting seiring perkembangan semasa supaya lebih konpetetif. Perubahan ini juga bagi memastikan pelanggan kami dapat memilih pakej hosting yang bersesuai dengan kategori mereka dengan lebih mudah. Klik untuk besarkan gambar [adsenseyu6]
Untuk menggalakkan penggunaan matawang syariah, sepanjang bulan oktober 2011, kami mengadakan promosi domain dengan nilai 1 Dirham Kelantan (KGT). Nilai 1 Dirham KGT pada masa ini adalah bersamaan RM25. Promosi ini adalah untuk domain .com .net dan .org sahaja! Sila masukkan Kod Promosi (Promotional Code) DIRHAM semasa membuat tempahan.
Kursus-kursus rekabentuk laman web kami (wordpress, joomla, photoshop, dreamweaver) akan disambung kembali bermula oktober ini dengan kursus WordPress. Kepada sesiapa yang berminat menyertai kursus wordpress & joomla di kota bharu sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klik untuk besarkan gambar [adsenseyu6] Bakal peserta diingatkan memahami dulu kursus-kursus yang bakal dijalankan & memilih kursus yang betul […]
Selepas ejoeSolutions memuatkan berita-berita mengenai produk Apple seperti iPhone, macbook, macosx & ipad, kesedaran kepada produk jenama buah ini nampaknya semakin meningkat di Kelantan. Kami banyak menerima email & panggilan telefon bertanyakan dimana boleh mendapatkan produk Apple terutamanya iPad 2 yang semakin hangat sekarang.
Pada hari khamis, 15 September 2011 ejoeSolutions bersama ICT incubator dan incubatee telah mengadakan majlis jamuan hari raya secara bersama. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran staf-staf Incubator, aptusnet, ejoeSolutions bersama pelajar praktikal serta incubatee-incubatee lain. Berbagai juadah disediakan seperti satay, roti jala, mee, kuih muih dan tak lupa juga biskut raya. Gambar sekitar jamuan boleh didapati […]
Sambutan Aidilfitri yang penuh kemeriahan di seluruh negara dengan tradisi rumah terbuka dijangka lebih bermakna lagi dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54. Kepada semua warga Malaysia, selamat menyambut Hari Kebangsaan dan salam merdeka dari kami warga kerja ejoeSolutions. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sempena aidilfitri yang bakal menjelang, kami ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada para pelanggan kami dan juga kepada semua umat Islam. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak kami dan berjanji akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Semoga aidilfitri ini memberi sinar bahagia kepada semua. Kepada yang balik kampung semoga memandu dengan berhati-hati. […]
Kami di ejoeSolutions ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga kita semua dapat menambahkan lagi amalan mulia dan amalan yang bermanfaat. Perbanyakkan juga derma kepada mereka yang memerlukan di bulan penuh berkat ini.
De Pesona Studio dengan kerjasama ejoeSolutions akan mengunjurkan Kursus Asas Fotografi Kamera DSLR bertempat di ejoeSolutions pada Sabtu 30 Julai 2010. Sila isi borang pendaftaran secara online melalui pautan http://depesonastudio.wufoo.com/forms/pendaftaran-online/ . Maklumat lanjut boleh layari laman web berikut http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150253826651655&set=a.236716486654.138044.176471406654&type=1&theater