Selepas ejoeSolutions memuatkan berita-berita mengenai produk Apple seperti iPhone, macbook, macosx & ipad, kesedaran kepada produk jenama buah ini nampaknya semakin meningkat di Kelantan. Kami banyak menerima email & panggilan telefon bertanyakan dimana boleh mendapatkan produk Apple terutamanya iPad 2 yang semakin hangat sekarang.
[adsenseyu6] |
Sebenarnya terdapat 2 cara untuk membeli ipad di Kota Bharu ini iaitu secara online melalui Apple store http://www.apple.com/my dan juga di premis iaitu KBK Management Sdn. Bhd. & Microtech Computer. Untuk pengetahuan semua, Apple buat masa ini tidak mempunyai reseller di Kota Bharu. Oleh sebab itu KBK & Microtech yang membawa masuk produk-produk Apple dengan harga yang lebih tinggi sedikit dari harga online di Apple Store.
Berlainan pula dengan produk iphone yang mudah didapati selepas hampir kesemua telco membawa masuk iphone bersama pakej masing-masing iaitu Maxis, Celcom & Digi.
Beli online produk Apple
Pembelian secara online pula memerlukan Kad Kredit atau Kad Debit tapi akan memakan sedikit masa untuk sampai ke pengguna. Diharap selepas ini ada Reseller yang dilantik Apple untuk memenuhi permintaan rakyat Kelantan untuk mendapatkan gajet yang canggih dan berteknologi terkini.
Kemaskini May 2012
Kini pengguna Apple di Kelantan boleh mendapatkan produk-produk hebat Apple dari Reseller ITWorld di KB Mall dan juga Switch di Kota Bharu Trade Centre.