YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications) kini sedang menanti maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai kelulusan lesen spektrum bagi membolehkan syarikat itu menyediakan perkhidmatan Internet dengan suara mudah alih YES 4G di Sabah dan Sarawak.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] yes 4g

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wing K Lee berkata, pihaknya sudah menyerahkan pelan perniagaan kepada suruhanjaya itu untuk dinilai.

YTL tunggu kelulusan SKMM untuk YES 4G di Sabah Sarawak

“Pihak SKMM akan mengkaji dan memberi maklum balas kepada kami,” katanya pada taklimat media mengenai kajian YES 4G oleh firma kaji selidik terkemuka, IDC di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, syarikat kini berada pada landasan tepat untuk menambah lebih 2,500 stesen pangkalan menjelang akhir tahun ini sekali gus memberi liputan kepada 85 peratus populasi penduduk Malaysia.

“Pada masa ini, kami mempunyai 2,000 stesen pangkalan yang mampu memberi liputan kepada 65 peratus daripada populasi penduduk dan dengan bertambahnya stesen pangkalan ini, kami yakin mampu menarik jumlah pelanggan kepada lebih 400,000 menjelang akhir tahun, berbanding 380,000 sekarang,” katanya sambil menambah setakat ini, 86 peratus daripada pelanggan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan YES 4G.

Sejak dilancarkan, YES 4G sudah menyediakan lebih tujuh juta minit panggilan suara, SMS (dua juta) dan 825 terabit (TB) trafik data. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *