PENGENDALI perkhidmatan rangkaian 4G yang dikendalikan YTL Communications Sdn Bhd (YTL), Yes 4G melancarkan telefon pintarnya yang dibangunkan syarikat tempatan menerusi model Eclipse yang menggunakan sistem operasi Android.

Klik untuk besarkan gambar
yes 4g eclipse [adsenseyu7]

Model telefon itu dijual pada harga RM1,688 yang turut ditawarkan menerusi pelan rangkaian berkelajuan tinggi serta memiliki cip pemprosesan 1GHz Snapdragon dengan skrin 4.1 inci dan hanya seberat 135 gram.
Pengerusi Eksekutif YTL, Tan Sri Dr Francis Yeoh berkata, model telefon itu dijual pada harga berpatutan berbanding beberapa model di pasaran.

“Anda boleh kira berapa banyak telefon pintar yang dijual melebihi RM2,000, tetapi kami mampu menawarkannya dengan ciri sempurna,” katanya pada sidang selepas pelancaran Eclipse oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Kuala Lumpur, semalam.

Ciri-ciri telefon pintar Yes 4G Eclipse

Beliau berkata, Eclipse kini mula dijual di pasaran dan turut menampilkan ciri panggilan video empat individu serentak serta digabungkan dengan rangkaian Yes 4G meliputi kawasan seluas 70 peratus bagi populasi Malaysia.
Katanya, YTL kini berada di landasan tepat untuk menyiapkan 4,000 stesen dasar menjelang akhir tahun ini.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *