KUALA LUMPUR: Penyebaran filem Ombak Rindu arahan Othman Ali menerusi YouTube dihentikan selepas didakwa ia adalah hasil kegiatan menaik turun secara tidak sah selepas filem itu ditayangkan menerusi Astro First sejak Rabu lalu.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6]  ombak rindu

Difahamkan sejak mula disiarkan menerusi Astro First, kegiatan menaik turun filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin itu tersebar dengan pantas apabila hampir 100,000 penonton, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang pengkarya filem.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Paduka Shuhaimi Baba menganggap sekiranya tiada sebarang tindakan daripada pihak tertentu, perbuatan berkenaan menggalakkan lagi cetak rompak secara digital terus berlaku.

Ekoran itu, pengurusan Astro First akan mengadakan perbincangan dengan penerbit filem untuk menangani masalah ‘online piracy’ yang bukan saja meragut pendapatan penerbit filem, tetapi juga saluran TV berkenaan.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *