YES, perkhidmatan Internet mudah alih terpantas berserta suara menggunakan platform 4G memperkenalkan aplikasi Yes Life bagi pengguna peranti sistem operasi iPhone (iOS) termasuk iPad dan iPod Touch (generasi ke-3 dan ke atas) yang menampilkan fungsi penuh telefon mudah alih pertama di dunia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Yes Life terendah

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications), Wing K Lee berkata, pengguna Yes Life disertakan dengan nombor telefon mudah alih tambahan yang menawarkan kadar terendah di negara ini.

Lebih menarik, katanya, produk terbaru itu tidak mengenakan caj perayauan bagi panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) ke luar atau dalam negara dengan kadar hanya sembilan sen seminit.

“Pengguna juga tidak perlu membeli kad sim tambahan menggunakan perkhidmatan Yes Life selain tidak perlu membeli perkakas tambahan atau pengendalian rumit.

Yes Life untuk iPhone

“Bagi pengguna iPhone pula, Yes Life akan memberikan nombor tambahan yang sangat menguntungkan berbanding perkhidmatan lain dan pengguna cuma perlu memuat turun aplikasi Yes Life dari App Store,” katanya selepas pelancaran Yes Life untuk peranti iOS di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, sungguhpun terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telefon antarabangsa menggunakan Internet, tetapi tiada satu pun membekalkan nombor telefon selain mengenakan caj mahal untuk panggilan ke luar negara.

Katanya, perkhidmatan Yes Life yang juga boleh digunakan bagi komputer peribadi akan dikembangkan untuk membolehkan penggunaannya menerusi telefon Android dan BlackBerry dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, Pengarah Urusan YTL Corporation Bhd dan Pengerusi Eksekutif YTL Communications, Tan Sri Francis Yeoh berkata, sejajar dengan pelancaran Yes Life di App Store, orang ramai ditawarkan penggunaan percuma Yes Life selama 14 hari.

“Kami menawarkan penggunaan percuma disertakan kredit panggilan dan SMS bernilai RM5. Oleh itu tidak ada sebab bagi 300,000 pengguna iPad, iPod Touch dan iPhone untuk tidak mencuba aplikasi ini,” katanya.

-hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *