WordPress sehingga kini memberikan pelbagai fleksibiliti kepada para pengguna untuk memilih hosting kepada blog dan lama mereka. Dengan Theme, Plugin & Widget menjadikan wordpress menjadi pilihan ramai untuk membuat laman web yang menarik. Namun begitu, dengan perubahan masa dan sebagainya, kini mereka mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menyokong PHP 4 dan MySQL 4 mulai daripada versi WordPress 3.2
WordPress 3.2 dijangka akan dikeluarkan secara rasmi pada tahun hadapan yang hanya menyokong sekurang-kuranya PHP 5.2, dan MyQL 5.0.15. Pada masa ini Hosting ejoeSolutions telahpun menggunakan PHP versi 5.2.13 & MySQL versi 5.0.91 yang menyokong WordPress 3.2.
Versi terakhir WordPress yang dikeluarkan adalah WordPress 3.0 Thelonis pada bulan Jun yang lalu dan versi kemaskini WordPress 3.0.1 tidak lama selepas itu. WordPress 3.1 pula dijangka akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.
Untuk mengikuti kelas wordpress kami sila rujuk kalendar aktiviti kami.