APLIKASI sosial mudah alih, WeChat kini dilancarkan di Malaysia dan menampilkan dua selebriti tempatan, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sebagai duta dalam iklan televisyen Bahasa Malaysia pertamanya.
[adsenseyu6] | ![]() |
Mula dilancarkan di Malaysia, Jun tahun lalu, platform komunikasi ini menjadi aplikasi nombor satu dalam kategori rangkaian sosial percuma di iOS Appstore dan kategori komunikasi percuma Android Google Play untuk setahun.
Naib Presiden Tencen International Business, Poshu Yeung berkata, Tencent komited dalam memberikan nilai kepada pengguna dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
WeChat Terbaik
“Falsafah mudah yang dipraktikkan meletakkan kami sebagai salah sebuah syarikat internet terbaik di dunia. WeChat adalah salah satu cara untuk rakyat Malaysia menikmati nilai tambahan perkhidmatan internet dan mudah alih yang disediakan.
“Kemasukan kami ke Malaysia membuka peluang baru untuk bekerjasama dengan syarikat besar dari pelbagai industri seperti Domino’s Pizza,” katanya
Pengguna berdaftar WeChat cecah 50 juta » ejoeSolutions
29/05/2013[…] minggu lalu, WeChat Malaysia mencapai pertumbuhan jelas dalam penambahan jumlah akaun pengguna iaitu 70 peratus daripada semua […]