Kuala Lumpur: VMware Inc, syarikat pengendali infrastruktur perkomputeran maya, mengunjurkan penggunaan sistem berkenaan mencapai sehingga 24.3 peratus menjelang 2020 apabila optimis dengan pelbagai agensi akan menembusi pasarannya mulai tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] vmware

Ia selari dengan matlamat melonjakkan sistem pengkomputeran awan yang kini mula berorientasikan era mudah alih dalam landasan perniagaan multinasional, agensi kerajaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua negaranya Laurence Si berkata, pihaknya kini sudah melancarkan Kempen Sistem Pemayaan 2020 dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion jika digunakan sepenuhnya berbanding teknologi lama yang menggunakan terlalu banyak pelayan.

“Buat masa ini, kadar penembusan bagi sistem pemayaan di Malaysia hanyalah berada pada tahap 10 hingga 15 peratus dan ini membuktikan betapa kita ketinggalan dari negara lain walaupun teknologi ini sudah memasuki sempadan kita selama lebih 10 tahun.

“Bersesuaian dengan trend operasi niaga masa kini yang bergantung kepada penggunaan Internet terutamanya sistem pengkomputeran awan, kita merasakan asasnya perlu diperkukuhkan dengan mengamalkan sistem pemayaan yang mampu menggabungkan perisian dan perkakasan dalam kadar minimum dari segi ruang, namun berdaya tinggi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen berkenaan di sini, semalam.

 

Hadir sama Pengurus Wilayah VMware Inc Malaysia dan Brunei, Hussein Mohd Ali.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *