SINGAPURA – Syarikat-syarikat yang menggunakan virtual office boleh melihat penjimatan lebih 50 peratus dalam kos operasi bulanan, sementara meningkatkan imej profesional dan memperkemaskan operasi perniagaan mereka.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] virtual office

Sebuah virtual office, mengikut standard syarikat pembekal penyelesaian tempat kerja, Servcorp, membolehkan perniagaan menikmati perkhidmatan seperti syarikat besar di tengah bandar walaupun beroperasi daripada rumah atau pejabat luar bandar.

Kemudahan Virtual Office

Perkhidmatan ini termasuk alamat korporat yang berprestij, nombor telefon khas dengan penyambut tetamu profesional, dan akses kepada bilik mesyuarat berkualiti tinggi dan kemudahan pejabat di seluruh dunia.

Antara penjimatan yang ditawarkan termasuk $1,000 untuk menggajikan seorang pekerja untuk kerja-kerja kesetiausahaan dan sokongan IT, berbanding $195/bulan untuk talian telefon dan penyambut tetamu dengan pejabat maya Servcorp.

“Kami dapati pengguna pejabat maya mendapat manfaat daripada keupayaan untuk menggunakan bilik mesyuarat dan pejabat bila ke luar negara,” kata pengurus pemasaran serantau Servcorp, Malini Sivaraman.

“Bila anda boleh berjumpa dengan bakal pelanggan di Pusat kewangan Antarabangsa 2 (IFC 2) di Hong Kong atau Emirates Tower di Dubai, berbanding dengan kedai kopi atau lobi hotel, anda mencipta atmosfera yang lebih profesional dengan teknologi dan  perkhidmatan canggih di sekeliling anda,” katanya.

Ditubuhkan di Sydney pada 1978, Servcorp menawarkan perkhidmatan pejabat maya di lebih 130 lokasi di seluruh dunia. – Bernama

Virtual Office di Kota Bharu

ejoeSolutions dalam proses membangunkan Virtual Office yang pertama di Kota Bharu bagi memudahkan usahawan Kelantan menggunakan kemudahan ini di Kota Bharu.

admin
admin

4 Comments

  1. MakLaN
    29/05/2015

    Jadi tak buka virtual office boh.

    • admin
      15/06/2015

      Dalam proses

  2. Imran
    31/05/2015

    Jadi ko boh VO?

    • admin
      15/06/2015

      Dalam proses

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *