VIBER melancarkan Viber 4.1 untuk android dan iPhone serta Viber Out secara menyeluruh di peringkat global yang membolehkan pengguna membuat panggilan murah ke mana-mana nombor telefon mudah alih atau talian tetap.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] viber out

Ketua Pegawai Eksekutif Viber, Talmon Marco berkata, Viber Out membolehkan semua pengguna Viber membuat panggilan pada kadar rendah kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui Android, iPhone dan Desktop serta Windows Phone.

Menurutnya, pembelian kredit untuk Viber Out boleh dilakukan sama ada melalui pembelian menggunakan aplikasi secara mudah melalui Google Play Store atau Apple App Store atau menggunakan kad kredit melalui Viber Desktop.

“Viber Out juga menawarkan kos setiap panggilan yang jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan pesaing lain disebabkan kadar per minit lebih rendah dan ketiadaan fi sambungan.

“Viber Out memberikan cara penggunaan baharu kepada jutaan pengguna Viber dan memastikan mereka boleh menghubungi sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Kami akan terus melakukan penambahbaikan bagi membolehkan pengguna berhubung mengikut kemampuan, ” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Viber Out memaparkan nombor telefon sebenar pemanggil kepada penerima manakala pada Desktop mempunyai buku alamat telefon pemanggil supaya anda tidak perlu menghafal nombor atau mendailnya secara manual. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *