HUBUNGAN bilateral dan multilateral antara ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik Kumpulan Telekomunikasi dan Informasi (Apec Tel) perlu diperkuatkan untuk membendung tindakan negatif yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.

jenayah siber

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Apec Tel ke-44 membabitkan usaha bagi mengatasi jenayah keselamatan siber, ICT hijau, pengurusan bencana dan jalur lebar.

“Kami berasa selesa apabila mengetahui rakan kita dalam ekonomi lain membantu dalam usaha mengawal tindakan jenayah terutama isu keselamatan siber yang merentasi sempadan. Pendirian diplomatik membantu mengeratkan hubungan ekonomi dan menghormati keperluan pihak lain,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *