APPLE membuat keuntungan lebih kecil daripada penjualan setiap unit model baru iPad 3 berbanding model terdahulu yang dilancarkannya setahun lalu, demikian mengikut satu analisis firma penyelidikan

[adsenseyu6] ipad 3

IHS iSupply mengambil seunit iPad baru Jumaat lalu, sehari sebelum peralatan itu dijual di Amerika Syarikat (AS) serta sembilan negara lain dan mendapati komponennya lebih mahal berbanding iPad 2.

iPad generasi ketiga itu dikeluarkan dalam beberapa versi dengan harga bermula daripada AS$499 (RM1,550) menyamai harga iPad 2 ketika dilancarkan.

Apple menetapkan harga tiga generasi tablet itu secara agresif bagi menjadikan sukar bagi pesaingnya menandingi ciri peralatan itu dengan harga sama. Ia membuat keuntungan lebih kecil bagi setiap iPad berbanding iPhone.

Secara keseluruhannya, Apple membuat keuntungan amat besar dengan meraih pendapatan bersih AS$33 bilion (RM101 bilion) daripada pendapatan AS$81 bilion (RM250 bilion) tahun lalu.

iSuppli berkata, sebuah iPad baru dengan memori akses rawak (RAM) 32 gigabait dan model selular yang berharga AS$729 (RM2,250) di kedai menelan kos AS$364.35 (RM1,120) untuk dikeluarkan.
Ia sembilan peratus lebih tinggi daripada AS$335 (RM1,030) yang dibayar untuk mengeluarkan model iPad 2 setahun lalu.

Versi terdahulu iPad menelan kos sekitar AS$276 (RM855) untuk dihasilkan pada 2010, mengikut anggaran iSuppli. Paparan beresolusi lebih tinggi dan bateri lebih besar diperlukan bagi menyokongnya sebab utama iPad baru lebih mahal berbanding iPad 2.

Ia mempunyai piksel empat kali lebih baik daripada skrin iPad 2. iSupply menganggarkan paparan skrin itu bernilai AS$87 (RM265), ditambah AS$40 (RM125) untuk lapisan sensitif sentuhan. Bateri iPad baru itu mempunyai kapasiti 70 peratus lebih besar, namun paparan skrinnya menggunakan hampir keseluruhan kuasa tambahan itu, justeru hayat baterinya seperti model lama.

Turut menyumbang kepada kenaikan kos adalah model selular baru dalam sesetengah model. Ia boleh menggunakan rangkaian 4G LTE lebih pantas di AS dan Kanada. Samsung Electronics Co masih menjadi pengedar tunggal terbesar komponen iPad.

Ia mengeluarkan paparan skrin itu diunit yang diperiksa iSuppi dan membekalkan semua pemproses iPad. iSuppli berasakan Samsung juga menghasilkan bateri dan membekalkan memori storan flash untuk sesetengah versi iPad baru.

“Malah, separuh daripada ‘bil bahan’ bagi iPad baru itu mungkin diambil daripada komponen Samsung,” kata iSuppli. Apple dan Samsung masing-masing tidak memberi komen mengenai hubungan perniagaan mereka. Samsung juga mengeluarkan tabletnya sendiri dan meraih prestasi lebih baik berbanding pesaingnya. Anggaran kos iSuppli itu tidak termasuk pembungkusan atau kos overhead seperti reka bentuk, pemasaran dan perisian. – AP

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *