TELEKOM Malaysia Berhad (TM) yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi mencatatkan 200,000 asas pelanggan dari 77 kawasan liputannya di seluruh negara melangkaui sasaran yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.

unifi di kelantan [adsenseyu7]

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, permintaan yang memberangsangkan sejak diperkenalkan satu setengah tahun itu menunjukkan kadar penembusan langganan lebih cepat berbanding perkhidmatan jalur lebar untuk masyarakat umum (BBGP) iaitu Streamyx yang mengambil masa tiga tahun untuk mencapai jumlah 200,000 pelanggan.

“Kami kini merekodkan purata langganan antara 15 hingga 20 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang iaitu melangkaui anggaran dan jangkaan pada kadar lapan hingga 10 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, TM mengunjurkan kadar langganan UniFi meningkat 50 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang dalam jangka masa tiga hingga lima tahun akan datang. -hmetro

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *