TELEKOM Malaysia Berhad (TM), meraikan ulang tahun pertama UniFinya dengan kejayaan apabila lebih 60,000 pengguna melanggani perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) berasaskan talian gentian optik itu.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, secara purata TM mendapat langganan sebanyak lapan hingga 10 peratus daripada jumlah premis sedia ada dipasang dengan pelaksanaan berterusan HSBB, lebih tinggi daripada sasaran asal iaitu enam peratus.
Katanya, dengan catatan pencapaian sebagai peneraju pembekal perkhidmatan HSBB terkemuka di Malaysia dengan liputan rangkaian yang luas dan terbaik, TM berkedudukan baik sebagai Peneraju Jalur Lebar Malaysia.
“TM adalah yang pertama menawarkan perkhidmatan tiga serangkai jalur lebar berkelajuan tinggi di negara ini menerusi pakej VIP5, VIP10 dan VIP20, membolehkan kami membawa gaya hidup digital bersepadu ke rumah rakyat Malaysia.
Warga Malaysia memberi isyarat yang jelas bahawa mereka ingin meluangkan lebih masa menggunakan Internet dan inginkan jalur lebar berkelajuan tinggi.
“Anggaran dalaman syarikat sebelum ini ialah penerimaan UniFi bermula secara perlahan kerana pengguna akan memerlukan masa untuk memahami nilai perkhidmatannya yang memberikan pengalaman yang lebih pantas. Namun, kami terkejut dengan sambutan dan penerimaan orang ramai terhadap perkhidmatan ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Menurutnya, bagi meraikan hari bersejarahnya TM mengumumkan untuk menawarkan tontonan percuma untuk semua 23 saluran premium HyppTV dari 24 Mac sehingga 30 April 2011 untuk semua pelanggan UniFi.
Sehingga kini, jumlah pelanggan UniFi di seluruh negara meningkat dengan pantas kepada 60,000 daripada 33,000 pada akhir 2010 dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2011. UniFi kini ditawarkan di 61 ibu sawat dengan hampir 800,000 premis sedia dipasang. Kawasan terbabit termasuk 53 lokasi di Lembah Klang, Nusajaya di Iskandar Malaysia dan kawasan perindustrian di seluruh negara, termasuk tiga di Pulau Pinang, Kedah (1), Johor (2) dan Selangor (2).
Pada 24 Mac tahun lalu, UniFi mula dilancarkan di empat kawasan iaitu Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Sejak itu TM meluaskan perkhidmatannya secara agresif untuk mencapai sasaran perjanjian Usaha sama Awam-Swasta (PPP) iaitu 1.3 juta premis dipasang menjelang akhir 2012.
Pada Jun 2010, perkhidmatan HSBB TM diperluaskan kepada 23 kawasan ibu sawat lagi dan setakat akhir 2010, UniFi sudah dibekalkan kepada 48 ibu sawat di seluruh negara, menjadikan jumlah premis sedia dipasang kepada lebih daripada 750,000. -hmetro
Unifi di Kelantan
Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.
Sasar 1.1 juta premis guna UniFi - ejoeSolutions
14/11/2011[…] Malaysia Berhad (TM) menyasarkan 1.1 juta premis akan menggunakan UniFi iaitu perkhidmatan capaian data Internet berasaskan talian optik gentian menjelang akhir tahun […]