KUALA LUMPUR – Perluasan perkhidmatan Unifi di Kelantan dilakukan susulan kerja penaiktarafan ibu sawat peringkat pertama di Kota Baharu yang dijangka bermula hujung tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] unifi di kelantan

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata perluasan Unifi, iaitu perkhidmatan sambungan Internet menggunakan fiber optik, di negeri itu kini telah memasuki fasa selanjutnya dengan siapnya penyambungan teras IP di lokasi tertentu di seluruh negeri.

Unifi di Kelantan

“Perluasan perkhidmatan Unifi di negeri Kelantan dilaksanakan di bawah program Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) secara berfasa oleh Telekom Malaysia,” katanya menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Jailani menjelaskan setakat ini perkhidmatan jalur lebar talian tetap (Streamyx) telah disediakan di kawasan-kawasan utama di Kelantan dengan kelajuan antara 4MB/sesaat dan 8MB/sesaat, bergantung pada lokasi pelanggan.

Jailani berkata, ini menunjukkan kerajaan tidak pernah menganaktirikan negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang termasuk Kelantan dalam soal menyediakan perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat. – Bernama

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Unifi untuk projek perumahaan » ejoeSolutions
    14/07/2013

    […] Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013. […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *