Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Unifi, mencapai 400,000 pelanggan lebih awal dari sasaran.
[adsenseyu6] | ![]() |
Sasaran itu dicapai dalam tempoh kurang daripada tiga bulan selepas langganan Unifi mencecah 300,000.
Unifi di Terengganu
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, kawasan liputan Unifi semakin meluas apabila memasuki kawasan Terengganu awal bulan ini, sekali gus membuktikan Unifi adalah pembekal jalur lebar nombor satu negara.
“Perkhidmatan Unifi terus menerima sambutan hangat. “Kami turut menyasarkan untuk mencapai 1.3 juta premis sedia dipasang menjelang akhir 2012,” katanya.
Pada masa ini, Unifi ditawarkan di 83 kawasan meliputi lebih 1.222 juta premis termasuk 63 kawasan di Lembah Klang; Pulau Pinang (3); Kedah (2); Johor (9); Melaka (2); Negeri Sembilan (2); Perak (1) dan yang terbaru di Terengganu (1).
Unifi di Kelantan
Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.