Intel Electronics (M) Sdn Bhd melancarkan Ultrabook City, pengalaman runcit serba baru untuk pelanggan merasai pengalaman Ultrabook, kategori baru dalam sebuah peranti dalam suasana bertenaga dan menarik.
[adsenseyu6] |
Ultrabook City di Plaza Low Yat
Pengunjung yang mengunjungi Ultrabook City di Plaza Low Yat berpeluang bermain dengan model terbaru dari Acer, Asus, Samsung, Dell, HP, Lenovo, Toshiba, Sony dan Fujitsu.
Pengurus Negara Jualan dan Pemasarannya, Prakash Mallya berkata, pihaknya berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna Ultrabook ke tahap baru yang lebih seronok dan unik berbanding seperti apa yang pernah dilakukan sebelum ini.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai dua aktiviti menarik iaitu Ultrabook Temptations yang bakal berlangsung sehingga 29 Julai dan Intel’s Catch & Win Contest yang bakal berlangsung sehingga 16 September ini -sinar harian