U Mobile Sdn Bhd melancarkan perkhidmatan 4G evolusi jangka panjang (LTE) dengan kelajuan sehingga 75Mbps bagi semua jenis pelan prabayar, pasca bayar dan jalur lebar.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] u mobile 4g lte

Ketua Pegawai Operasinya, Wong Heang Tuck berkata, perkhidmatan 4G LTE itu kini boleh didapati di beberapa kawasan Lembah Klang seperti Bandar Sunway, Subang Jaya, Puchong, Berjaya Times Square dan Taman Molek di Johor Baharu.

Liputan U Mobile 4G LTE

“Kami berhasrat meluaskan jaringan capaian 4G LTE di kawasan lain, namun bergantung keperluan dan kehendak pengguna di kawasan itu.

“Fokus kami di kawasan Lembah Klang yang menunjukkan penggunaan telefon 4G lebih ramai berbanding kawasan lain di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan 4G LTE di Subang Jaya.

Katanya, ia bukan satu keperluan mendesak untuk beri tumpuan ke kawasan lain seperti pantai timur, jika pengguna yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan 3G belum bersedia menukar kepada 4G LTE.

U-Mobile sentiasa bersedia meluaskan jaringan capaian 4G LTE ke seluruh negara dan menyasarkan kawasan pantai timur sebagai lokasi jaringan seterusnya tahun depan.

“Perkhidmatan 4G LTE kini boleh dinikmati pelanggan U Mobile di Lembah Klang dan pengguna boleh menukar perkhidmatan secara automatik tanpa perlu buat pendaftaran baru, langganan tambahan atau menukar kad SIM,” katanya. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?