U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) berhasrat mencapai sasaran 6.5 juta pelanggan menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Jaffa Sany Ariffin berkata, setakat ini, syarikatnya mempunyai kurang daripada 5 juta pelanggan.
[adsenseyu6] | ![]() |
“Kami yakin sasaran itu dapat dicapai disokong dengan adanya perkhidmatan dinamik, produk serta kadar berpatutan,” katanya selepas melancarkan program ganjaran terbaru syarikat komunikasi itu dengan kerjasama BLoyalty Sdn Bhd, U Card di Kuala Lumpur, semalam.
U mobile 4G
Mengulas berhubung pelaksanaan perkhidmatan 4G, Jaffa berkata, U Mobile akan memperkenalkannya kelak sebelum akhir tahun ini. Katanya, kawasan berpotensi bagi liputan 4G adalah kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru dengan mempunyai 15 peratus populasi pelanggan.
Buat masa ini, U Mobile menguasai pasaran sebanyak tujuh peratus bagi segmen telekomunikasi dalam negara. Program ganjaran itu membolehkan pelanggan U Mobile mengumpul mata apabila mereka apabila membeli produk U Mobile mahupun membuat pembayaran.
Selain itu, pelanggan juga boleh mengumpul mata di lebih 70 rakan niaga Bcard dan menebus mata ganjaran di lebih 700 kedai di seluruh negara. Sempena pelancaran itu, U Mobile menawarkan 50,000 pelanggan pertama yang mendaftar untuk menikmati 200 mata percuma berakhir Oktober ini.
Bukan itu sahaja, pelanggan bertuah juga bakal memenangi hadiah istimewa lain seperti 1 juta mata, 10 Blackberry Z10 dan 10 pakej penginapan tiga hari dua malam di Berjaya Langkawi Resort berakhir Disember 2013. -sinarharian