CELCOM Axiata Berhad menjalin kerjasama dengan syarikat televisyen (TV) digital berpengalaman, Broadcast Australia untuk mewujudkan rangkaian transmisi TV digital di seluruh negara dalam masa terdekat.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom Axiata pasti kerjasama antara kedua-dua syarikat ini terutama untuk bidaan projek infrastruktur TV digital bagi reka bentuk, pembinaan dan operasi jangka panjang terbabit membolehkan pengetahuan dan kepakaran yang ada untuk melaksanakan sebaiknya projek berkenaan.
“Jika berjaya, kami juga akan memperuntukkan lebih RM500 juta untuk kerjasama ini, lebih-lebih lagi mencari kepelbagaian dalam proses insfrastruktur pendigitalan televisyen di seluruh negara,” katanya di majlis menandatangani perjanjian dengan Broadcast Australia di Kuala Lumpur, semalam.
Peluang pekerjaan dalam industri tv digital
Hadir sama, Timbalan Menteri Kebudayaan dan Komunikasi Maklumat, Datuk Jospeh Salang dan Pengarah Pembangunan Korporat dan Strategi Broadcast Autsralia, Brett Savill. Beliau berkata, pihaknya juga berhasrat mencipta industri media yang kuat dan pelbagai untuk menyokong TV digital di Malaysia yang menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan kecekapan kemahiran utama yang boleh dieksport ke negara di seluruh Asia Tenggara. Sementara itu, Savill berkata ini adalah projek yang penting bagi Malaysia bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi digital berkembang.
“Broadcast Australia mempunyai lebih 80 tahun pengalaman dengan pembabitan dalam bidang ini di seluruh dunia dan bekerja dengan Celcom, kami akan memastikan projek ini berjaya serta memperoleh impaknya kepada masyarakat di negara ini,” katanya.