TUNE Talk semalam merumus kerjasama dengan syarikat pembayaran dalam talian global, PayPal untuk menawarkan perkhidmatan tambah nilai automatik kepada pelanggannya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] paypal tune talk

Ketua Pegawai Eksekutif, Jason Lo, berkata menerusi perkhidmatan terbaru itu, pelanggan boleh menggunakan PayPal sebagai dompet digital dan menambah nilai akaun mudah alih prabayar mereka dengan menggunakan perkhidmatan Auto Top-Up.

Tambah nilai guna Paypal Tune Talk

“Pelanggan hanya perlu mendaftar akaun PayPal dan memberikan nombor kad kredit atau kad debit mereka. “Mereka kemudian boleh menetapkan arahan tetap bagi nilai untuk ditambah berjumlah dari RM10 hingga RM100 seperti juga yang mereka lakukan melalui transaksi perbankan dalam talian biasa,” katanya pada pelancaran perkhidmatan tambah nilai automatik itu di Kuala Lumpur, semalam.

Jason berkata, pelanggan juga boleh menetapkan had minimum bagi tambah nilai. Katanya, apabila prabayar mudah alih Tune Talk pelanggan turun ke paras RM10, ia akan ditambah nilai secara automatik melalui akaun PayPal yang membantu mengelak gangguan perkhidmatan.

Beliau berkata, kerjasama dengan PayPal itu akan membolehkan pelanggan Tune Talk menikmati keistimewaan seperti pascabayar bagi perkhidmatan prabayar kerana kredit masa berbual akan sentiasa ada pada bila-bila masa, dan di mana-mana saja. – BERNAMA

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *