E-PAYMENT atau E-PEMBAYARAN akan dipromosi sebagai medium utama transaksi ekonomi selain sebagai kaedah yang wajar, selamat dan menguntungkan dari segi kos.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] e-payment

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 berkata, pertumbuhan dalam e-pembayaran sangat menggalakkan.

Penggunaan e-payment meningkat

Penggunaan e-pembayaran perkapita meningkat sekali ganda, daripada 22 pada 2005 kepada 44 pada 2010, dengan pertumbuhan besar dalam penggunaan kad debit yang meningkat 8.2 kali, perbankan Internet 6.3 kali dan Giro Antara Bank sebanyak 4.5 kali.

“Dalam tempoh 10 tahun akan datang, Bank menyasar untuk meningkatkan jumlah transaksi e-pembayaran perkapita kepada 200 menjelang akhir 2020, berbanding 44 transaksi yang direkodkan pada 2010” katanya.

BNM berkata, langkah itu akan dilaksanakan bagi menggalakkan peralihan daripada pembayaran menggunakan kertas kepada e-pembayaran dan capaian kemudahan infrastruktur yang lebih luas, seperti terminal tempat jualan dan perbankan telefon mudah alih.

“Bank akan terus menyediakan persekitaran kawal selia yang perlu untuk memacu penghijrahan kepada e-pembayaran,” katanya.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *