TELEKOM Malaysia (TM) menyambut baik langkah kerajaan untuk meluaskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada fasa 2 (HSBB2), susulan daripada kejayaan fasa pertama HSBB yang telah diiktiraf sebagai salah satu projek pelaksanaan terpantas di peringkat global.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] hsbb2

Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (TM), Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, sebagai peneraju jalur lebar negara, TM komited meneruskan peranan meluaskan capaian jalur lebar secara menyeluruh merentasi kawasan bandar, pinggir bandar serta luar bandar dan mempertingkat pengalaman pengguna.

“Kami jangkakan pertumbuhan data yang mendadak dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan ini selari dengan persekitaran perniagaan di Malaysia yang dinamik dengan kadar pertumbuhan yang tinggi serta kadar penggunaan internet yang melonjak naik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurutnya, pengumuman 1Malaysian Entrepreneurial Nation (1MeT) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) juga tepat pada masanya bagi meningkatkan daya saing dan inovatif golongan usahawan muda. -sinarharian

admin
admin

1 Comment

  1. Kurang pekerja mahir cabaran terbesar | Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta 2013
    05/11/2013

    […] berkata, menerusi pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) di kawasan pinggir bandar menunjukkan langkah itu menghasilkan kesan ekonomi lebih besar kepada […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *