Blogger.com (dahulu dikenali sebagai blogspot) adalah penyedia perkhidmatan blog terbesar yang memberi kemudahan untuk pengguna membina blog masing-masing dengan percuma.Salah satu kelebihan blogger.com ialah ia memberi kemudahan kepada pengguna untuk menggunakan domain sendiri. Berikut tutorial cara-cara bagaimana untuk menggunakan domain di blogger.com

[adsenseyu6] blogger

1) Buka akaun blogger.com dan terus ke ‘Setting’ blogger anda.

2) Selepas itu klik tab ‘publishing’ dan kemudiannya klik ‘custom domain’.

3) Disini anda diberi pilihan untk membeli domain dengan blogger atau membelinya di tempat lain.

4) Jika anda belum mempunyai domain sila dapatkan di sini. Jika anda sudah memilikinya klik pada ‘Switch to advanced settings’ untuk settingkan domain sendiri.

5) Selepas itu akan keluar paparan ‘advanced settings’. Sebelum mengisi domain, anda perlu membuat beberapa setting di control panel domain anda.

6) Buka login domain (jika anda beli di ejoeSolutions alamatnya : http://www.ejoesolutions.com/support/)

7) Selepas itu ke menu ‘My Domains’.

8) Kemudian paparan senarai domain akan keluar.

9) Kemudian klik ke domain yang hendak digunakan untuk blogger.

10) Terus klik butang ’DNS Management’

11) Disini anda perlu mengisi untuk A Records dan CNAME Records.

12) Di A records tab anda perlu menambah empat IP seperti berikut :
– 216.239.32.21
– 216.239.34.21
– 216.239.36.21
– 216.239.38.21

13) Perlu di ingat di ruang name tinggalkan kosong dan hanya mengisi IP dan TTL value sahaja (38400).

14) Selepas mengisi keempat-empat IP sekarang anda perlu mengisi CNAME.

15) Kali ini di ruang Name anda perlu mengisi www, ruang value ghs.google.com dan TTL 28800.

16) Sekarang anda telah berjaya mengconfigurasikan domain anda.

17) Kembali ke blogger.com dan isi domain yang telah disetkan. Isi ruang Your domain dengan domain seperti www.domain.com dan save setting.

18) Anda perlu menunggu sehingga 24 jam untuk membolehkan setting anda berkesan.

Selamat berjaya.

admin
admin

2 Comments

  1. Mengapa perlu ada domain sendiri - ejoeSolutions
    24/09/2011

    […] pengguna blogger (blogspot) sila ikuti tutorial ini untuk menggunakan domain sendiri. CommentsPowered by Facebook […]

  2. Promosi Domain Murah RM30 sepanjang april 2012 - ejoeSolutions
    01/04/2012

    […] pengguna blogger.com sila dapatkan info bagaimana untuk menggunakan domain sendiri disini, manakala pengguna wordpress.com […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *