Saya sering mendapat jemputan untuk memberi ceramah di kolej, universiti, badan kerajaan dan sebagainya. Malah, saya sendiri merupakan penceramah bagi salah satu seminar pendedahan perniagaan Internet di bawah anjuran syarikat saya, Flarebiz Network. Disini saya kongsikan tips memberi ceramah di khalayak ramai.

tips memberi ceramah

Saya yang dulunya takut untuk berdiri di hadapan orang ramai kini telah memberi puluhan ceramah sepanjang tahun ini. Saya juga telah mendapat 4 jemputan ceramah pada bulan Oktober dan ada 3 seminar anjuran syarikat sendiri yang perlu dipenuhi.

Bagaimana Nak Berucap Dengan Tenang?

Seorang kawan pernah bertanya, “Aku tengok kau steady jer memberi ceramah. Kau ada tip tak bagaimana nak berucap dengan kool di hadapan orang ramai?” Mungkin kawan tersebut telah tengok ceramah saya yang kesekian kalinya, beliau tak tengok ceramah pertama saya pada 2 tahun lepas di mana satu lutut bergoyang tanpa henti walaupun hanya di hadapan 10 orang peserta!

Kini alhamdulillah, saya mampu untuk memberi ceramah di hadapan ribuan peserta dengan santai dan kool. Oh, walaupun begitu saya bukanlah seorang penceramah yang professional, masih jauh lagi perjalanan. Bagai langit dan bumi.

5 Tips Memberi Ceramah

Good speakers are made – not born. Good speakers become great speakers with the proper training and learn from their experience. Jadi, pada entri kali ini saya akan kongsikan 5 tips memberi ceramah yang membunuh. Oh!

1) Jangan terlalu bersiap sedia (Over prepare) – Jangan sesekali over prepare kerana ia akan menyebabkan ceramah anda menjadi bosan. Saya telah mengalami masalah over prepare ini dimana saya terlalu prepare untuk satu ceramah sehinggakan setiap ayat saya yang hendak dilontarkan berada di dalam kepala saya.

Akibatnya, persembahan saya tidak nampak natural dan seolah-olah membaca teks. Oh, saya pasti audience sungguh bosan dengan ceramah saya dari riak wajah mereka. Cara yang terbaik adalah anda hanya menghafal apakah isi yang anda hendak sampaikan manakala apa ayat yang anda mahu gunakan biarlah ia berlaku secara spontan.

2) Jangan berdiri secara statik – Jangan sesekali anda berdiri secara statik seperti tunggul kayu dihadapan para peserta. Oh, saya juga pernah menjadi tunggul di dalam satu ceramah perniagaan Internet. Pergerakan adalah sesuatu yang penting kerana ini merupakan teknik untuk anda mendapatkan perhatian audience.

Kalau anda melihat presentation penceramah professional, mereka tidak akan hanya statik di satu-satu tempat. Mereka akan bergerak secara steady di hadapan. Namun, awas. Jangan terlalu banyak bergerak nanti jadi macam tarian pentas. (Ya, saya juga pernah dikritik kerana memberi ceramah dalam gaya tarian pentas!) Bataskan juga pergerakan anda. Ingat, banyak mata sedang memerhati anda!

3) Berinteraksi dengan para peserta – Jangan hanya memberi ceramah seolah-olah anda bercakap dengan kerusi. Anda perlu faham bahawa peserta di hadapan anda adalah seorang manusia dan mereka boleh memberi respons. Sebagai seorang penceramah, sekali sekali anda juga perlu berinteraksi dengan para peserta di hadapan anda secara individu mahupun berkumpulan.

Anda boleh bertanya apa-apa sahaja soalan yang dirasakan sesuai kepada para peserta yang paling hampir kepada anda. Contohnya, “Encik Ahmad, apa khabar hari ni?”. Malah, anda juga boleh bertanya soalan yang sama kepada semua peserta. Contohnya, “Anda semua apa khabar?“.

Jangan kecil hati andaikata hanya seorang dua yang menjawab kerana kadang-kadang para peserta ni suka membuli penceramah ha ha ha! Sebagai pencaramah pula, anda boleh ulang soalan yang sama sehingga anda berpuas hati dengan respon.

4) Cuba untuk buat peserta ketawa – Jangan terlalu serius dalam memberi ceramah konon-kononnya ingin mendidik para peserta agar faham dengan apa yang hendak disampaikan. Sebagai penceramah, kita perlu mendidik secara bijaksana agar suasana majlis tersebut sentiasa ceria. Saya belajar perkara ini dengan Craig Valentine seorang penceramah yang sangat professional.

Anda boleh mencari video beliau di YouTube dan akan faham bahawa sangat penting untuk membuat peserta ketawa. Kalau tak majlis atau program yang kita ceramah akan menjadi hambar. Masa akan berasa seolah-olah sangat lambat untuk berlalu. Oh! Pada pendapat saya, para peserta akan lebih cepat faham apa yang kita cuba sampaikan di dalam keadaan sekali-sekala menghiburkan.

5) Slide presentation yang membunuh – Jangan menggunakan slide presentation yang old school. Sebagai penceramah baru, kita perlu menggunakan presentation yang agak stylo kerana kita masih belum mampu memberikan ceramah yang memukau. Jadi, paling tidak biarlah slide presentation kita mampu memukau penonton.

Saya sendiri memberi sentuhan remaja kepada slide presentation yang saya gunakan kerana di situ saya boleh menarik perhatian para peserta. Selitkan juga video ataupun gambar yang menarik di dalam slide presentation anda. Bagi saya ini sangat penting supaya gaya penyampaian kita relevan dengan generasi terkini.

Belajar Dari Pengalaman Adalah Terbaik

Oh, sudah habis 5 tip ringkas yang saya ingin kongsikan di dalam entri ini. Sekali lagi ingin di ingatkan bahawa saya bukanlah seorang penceramah yang professional tetapi tip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Entri ini juga dicipta supaya senang bila ada orang bertanya soalan yang sama, saya boleh berikan link terus ke entri ini. Ho ho ho!

Kepada yang baru nak mencuba memberi ceramah dalam apa jua topik sekali pun, nasihat saya adalah just do it! Bagi saya kita akan banyak belajar setelah pengalaman pertama memberi ucapan di khalayak ramai. Walaupun lutut bergoyang tanpa henti, tetapi itulah pengalaman paling berharga dan indah untuk dikenang.

Andaikata entri ini memberi input yang berguna buat anda, saya juga memohon agar anda share kepada sesiapa yang memerlukan entri ini. —Adly Mukhtar

admin
admin

2 Comments

  1. Dialog MSC Malaysia 2010 « ejoeSolutions
    03/11/2010

    […] and Entrepreneurship Product under SME Corp oleh Mr Aminuddin Mohamed dari SME Corp Sesi 4: En Adly Mokhtar from Flarebiz Network Sesi 5: En Ridzuan Sidek ICT Incubator, Kota Bharu Cyper Plaza Sesi 6: Local […]

  2. Zolhisam b. Samsuri
    04/04/2019

    Saya juga mengalami keadaan yang sama dan kini masih belajar bagaimana cara yang baik dan kool dalam menyampaikan ceramah…mudahan atas nasihat tuan terutama melalui pengalaman yang banyak teguran ke atas saya akan mendewasakan saya..

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *