TGV Cinemas Sdn Bhd akan melancarkan aplikasi TGV App tempahan tiket yang baru pada pertengahan Ogos, membolehkan pelanggan membuat tempahan tiket dalam talian menggunakan tablet atau telefon mudah alih.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] tgv app

Ketua Pegawai Eksekutifnya Gerald Dibbayawan berkata, TGV Cinemas menerima cadangan daripada pelanggan supaya meningkatkan aplikasi penempahan tiketnya seiring dengan perkembangan teknologi.

“Pada pertengahan Ogos, kami akan melancarkan aplikasi tempahan tiket kami, jadi anda mempunyai pilihan.

“Saya berpendapat, pada masa depan, lebih ramai orang akan menggunakan (aplikasi) dalam talian dan mudah alih untuk mengakses pilihan tempahan tiket,” katanya.

Dibbayawan berkata, syarikat pawagam melihat trend di negara lain dan jelas sekali mereka berhubung dengan penonton mereka dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Bercakap mengenai teknologi, Dibbayawan berkata, TGV Cinemas tidak menganggap pawagam lain sebagai pesaing sebenar tetapi iPad, sistem teater rumah dan alat teknologi lain sebenarnya bersaing dengan industri pawagam.

“Kami bersaing dengan masa orang ramai termasuk platform yang mereka menonton filem,” katanya dan menambah bahawa kebanyakan orang kini memiliki peranti canggih yang menawarkan kemudahan menonton filem dengan hanya satu klik.

Dibbayawan berkata, TGV Cinemas juga akan melancarkan laman web baru yang mempunyai reka bentuk responsif, dinaik taraf daripada sistem semasa di laman web yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dalam talian dengan lebih pantas.

Mengenai masa depan, TGV Cinemas juga akan memberi tumpuan kepada pengalaman dan perkhidmatan pelanggan dengan memberi lebih perhatian kepada apa yang disampaikan syarikat, bermula dari kaunter jualan tiket sehingga ke dewan pawagam. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *