KUALA LUMPUR – Penyedia telekomunikasi, Celcom Axiata Bhd, menggesa kerajaan meneruskan pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia dalam Belanjawan 2014.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pakej itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2013, membolehkan golongan beliaberusia 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, memperoleh rebat RM200 untuk membeli telefon pintar terpilih.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata,beliau mahu melihat kerajaan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan digital.
“Pada asasnya kami mahu supaya pemilikan ke atas peranti menjadi lebih murah dan boleh diakses dan disediakan kepada semua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pengumuman keputusan suku kedua syarikat itu di sini hari ini.
Pusat komunikasi jalur lebar
Mohammed Shazalli berkata, lebih banyak pusat komunikasi jalur lebar akan dibangunkan di seluruh negara bagi membolehkan mereka yang tidak mempunyai akses kepada rangkaian untuk menikmati kemudahan berkenaan.
Mengenai bila beliau menjangkakan syarikat telekomunikasi melepaskan cukaiperkhidmatan kepada pengguna prabayar mudah alih, beliau berkata: “Ia merupakanproses berterusan antara kami dan pihak berkuasa kawal atur serta dalam kalanganpeserta industri.”
Beliau berkata, syarikat telekomunikasi dan kerajaan belum lagi mencapai persetujuan dalam isu itu. – Bernama