KUALA LUMPUR – Permintaan bagi pemacu cakera keras (Hardisk) akan terus dibayangi unjuran suram untuk komputer peribadi, dengan pengguna dijangka lebih cenderung untuk memilih segmen telefon pintar dan tablet (S&T) yang pesat berkembang, kata Kenanga Research hari ini.
[adsenseyu6] | ![]() |
“Syarikat yang lebih terdedah kepada produk berdaya tahan seperti S&T dan segmen automotif, biasanya berada dalam barisan hadapan pemulihan,” katanya dalam notanya hari ini. Kenanga Research berkata dalam kes ini, Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI) berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kesan limpahan yang positif ini.
Kenanga Research juga mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor itu berikutan kurangnya pemangkin untuk penarafan semula serta-merta, namun terus memilih MPI berdasarkan gandingan produknya yang strategik. Firma penyelidikan itu berkata walaupun pemintaan untuk HDD bekurangan, ia akan di tambung oleh HDD Enterprise berikutan peningkatan permintaan daripada perusahaan atau storan awan, ia percaya pertumbuhan eksport HDD tidak banyak berubah pada 2014.
Ini juga selari dengan perbelanjaan pengguna yang secara menyeluruhnya rendah untuk HDD Komputer Meja dan HDD Mudah Alih, yang menguasai 65 peratus eksport HDD. – Bernama