JENAMA telefon Alcatel kini mula kembali aktif dengan melancarkan beberapa telefon pintar Alcatel baru, sekali gus menjadi pesaing kepada jenama besar lain yang menguasai pasaran telefon pintar.Terbaru, Alcatel memperkenalkan telefon One Touch Idol X, iaitu peranti menggunakan sistem Android.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] telefon pintar alcatel one touch

Telefon di bawah siri Alcatel One Touch itu direka khas untuk memenuhi keperluan teknologi pengguna dan menyamai telefon pintar daripada jenama terkemuka lain yang berada di pasaran.

Alan Bong, Pengarah Eksekutif Ten Ten Telecommunication Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal Alcatel One Touch di Malaysia berkata, syarikat itu yakin Alcatel One Touch Idol X akan menerima permintaan tinggi.

Harga Telefon Pintar Alcatel One Touch

“Harga ditawarkan adalah berpatutan (RM1,099) dan kami yakin ia akan mendapat tempat dalam pasaran,” katanya pada sidang media selepas pelancaran itu. Telefon itu turut dijual secara eksklusif di lazada.com.my dengan harga lebih murah iaitu RM999.

“Pembelian dalam talian adalah medium yang cepat berkembang di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan terbaik seperti penghantaran percuma di seluruh negara dan pilihan bayaran yang selamat,” katanya.

Menurutnya, pengguna di Malaysia memberikan reaksi positif terhadap produk Alcatel sebelum ini menyebabkan pihaknya yakin untuk memasarkan One Touch Idol X. -sinarharian

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Telefon pintar peranti wajib beli » ejoeSolutions
    18/09/2013

    […] membawa inovasi berterusan dan kualiti dalam telefoni mudah alih kepada ramai pengguna. Pengenalan telefon pintar Idol X merupakan jawapan kepada telefon menarik yang sarat dengan ciri-ciri berkuasa dan mengutamakan cita […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *