Tekun Nasional, penyedia kemudahan pinjaman kepada usahawan Bumiputera, menggalakkan usahawan Bumiputera yang ingin meminjam dengan organisasi itu untuk menceburi bidang berasaskan teknologi dan teknologi maklumat. 

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] usahawan teknologi

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata teknologi maklumat seperti internet adalah saluran pemasaran yang amat berkesan.

“Kalau kita tengok perniagaan daripada internet, saya rasa ramai yang berjaya.

Memperkasa Ekonomi Bumiputera

“Asalkan pinjaman itu digunakan untuk menjana pendapatan. Jika mereka berjaya membuat pemasaran melalui internet, kita boleh bagi pinjaman,” katanya dalam program bual bicara Hello Malaysia bertajuk ‘Memperkasa Ekonomi Bumiputera’ terbitan Bernama TV, semalam.

Beliau berkata, selain memberi pinjaman modal, pihaknya turut menyediakan khidmat nasihat, latihan, bimbingan dan mewujudkan jaringan perniagaan kepada usahawan Bumiputera untuk memajukan perniagaan mereka. – BERNAMA

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *