MACHANG 24 -Jun – 2010 – Negeri Kelantan mencatatkan kadar celik IT yang rendah dimana penembusan jalur lebar (penggunaan internet) dan pemilikan komputer adalah yang terendah.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] celik it

Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Mohd Sobri Ramli berkata, statistik tersebut dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Faktor Celik IT

“Antara punca yang dikenal pasti adalah faktor ekonomi, di mana ramai rakyat yang tidak mampu memiliki komputer, tidak mempunyai kesedaran kepentingan komputer dan penggunaan internat, ketiadaan kawasan liputan internet yang meluas dan kurang kemahiran serta minat.

“Statistik juga menunjukkan bahawa, sembilan peratus daripada isi rumah di Kelantan yang menggunakan jalur lebar daripada 305,800 isi rumah,” katanya di sini, kelmarin.

Jalur Lebar Nasional NBI

Mohd Sobri berkata, kerajaan mensasarkan sebanyak 50 peratus isi rumah menggunakan jalur lebar pada akhir tahun ini, di bawah inisiatif Jalur Lebar Nasional (NBI).

Oleh itu katanya, pihak TM menetapkan sebanyak 67,000 pelanggan Streamyx di seluruh Kelantan sehingga akhir tahun ini dengan memperkenalkan pakej mampu milik yang istimewa.

Menurutnya, Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia itu bertujuan meningkatkan penembusan jalur lebar di kalangan masyarakat di Kelantan, yang mana bagi menyahut seruan kerajaan supaya setiap isi rumah di seluruh negara sekurang-kurangnya mempunyai satu komputer – Sinar Harian

admin
admin

1 Comment

  1. Sedikit Pengenalan Mengenai Syarikat ejoeSolutions « ejoeSolutions
    24/10/2010

    […] Kami di ejoeSolutions komited untuk membantu Kelantan untuk meningkatkan penguasaan ilmu ICT melalui kursus dan bengkel yang di adakan, membantu para usahawan memasarkan produk dan […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *