Produktiviti syarikat-syarikat Malaysia boleh ditingkatkan lagi dengan memilih menggunakan tablet. Pengarah Jualan Serantau (Asean) SonicWall Inc, Ang Chye Hin berkata, pada masa ini, beberapa syarikat mengamalkan konsep ’bekerja dari rumah’ dan sekiranya tablet digunakan, tempat kerja boleh dipelbagaikan.
<tdclass=”iklan2″>
[adsenseyu7] |
“Ini akan meningkatkan produktiviti syarikat kerana pekerja akan mempunyai akses ke pejabat pada bila-bila masa,” katanya.
Beliau berkata, penghantaran peranti mudah alih akan mengatasi penghantaran PC dalam tempoh satu hingga satu setengah tahun dan pekerja di ekonomi membangun dan maju, akan bergerak daripada peranti IT atau yang diuruskan seperti Blackberry kepada peranti iPhones, iPad, Android atau Symbian.
Pertumbuhan Tablet
“Pertumbuhan tablet akan meningkat. Inilah fenomena di negara-negara Asean, terutamanya Malaysia, Singapura dan Thailand.
“Menjelang 2015, tablet bersedia untuk menguasai 23 peratus daripada keseluruhan jualan PC. Saya rasa ia amat baik jika syarikat Malaysia boleh merebut peluang ini,” katanya.
Sementara itu, Chye Hin berkata, walaupun penggunaannya mudah, tetapi pengguna akan berdepan dengan risiko membawa maklumat sulit dan rahsia berkaitan syarikat keluar dengan cepat dan merbahaya.
Sehubungan itu, katanya, SonicWall, sebuah syarikat penyedia rumusan keselamatan Internet antarabangsa telah melancarkan SonicWall Mobile Connect. -sinar harian