PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali tablet 1Malaysia Pad yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
Tablet 1Malaysia Pad
“Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.
“Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing,” katanya.
Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. – BERNAMA
Harga tablet 1Malaysia Pad
Harga pengenalan tablet 1Malaysia Pad adalah RM999 untuk 999 unit pertama.
Spesifikasi tablet 1Malaysia Pad
Android 2.3 gingerbread, 800×480 atau 1024×600 resolution, probably just single core processor with 512 MB RAM, battery sekitar 3000 mAH (3-5 jam usage)

