27,000 Syarikat Di Kelantan Diminta Beri Kerjasama Banci Ekonomi
KOTA BAHARU, 11 Okt (Bernama) — Kira-kira 27,000 atau 49 peratus syarikat di negeri ini diminta memberi kerjasama dengan segera menyerahkan borang bagi melancarkan Banci Ekonomi 2011 yang berlangsung sehingga Disember ini.
Pengarah Jabatan Perangkaan Kelantan Ab Rahman Mohamad Selasa berkata bancian ekonomi setiap lima tahun itu penting bagi memperolehi maklumat aktiviti ekonomi negara melalui akaun rasmi syarikat yang berdaftar.
Katanya fasa pertama bancian dari Janurai hingga Julai lepas sudah selesai dan fasa kedua membabitkan syarikat dalam sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan dan alam sekitar.
Katanya responden boleh mendapat bantuan mengisi borang tersebut dengan menghubungi pihak jabatan itu melalui talian 09-7419478 (Wan Aziam), 09-7419541 (Wan Mohd Saufi) atau pejabat operasi di Kuala Krai di talian 09-9602361 (Mohd Zharif).
Mereka juga boleh mengunjungi Pejabat Perangkaan Wisma Ilmu, Tingkat 8, Bangunan Tabung Haji, Jalan Doktor, atau Pejabat Operasi Kuala Krai, Tingkat 1, Lot 3098-3099 Jalan Besar Guchil, Kuala Krai.
Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web di alamat banciekonomi@stats.gov.my. -BERNAMA
isma
24/06/2016kalau untuk penajaan ada buat tak