SPACETOON Media Hub Sdn Bhd (Spacetoon Malaysia) bakal menerbitkan siri animasi kanak-kanak berkualiti tinggi untuk pasaran televisyen antarabangsa.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] spacetoon

Spacetoon bekerjasama dengan SD Entertainment

Siri animasi yang diterbitkan 52 episod dengan setiap episod disiarkan selama 11 minit disasarkan kepada golongan kanak-kanak 12 tahun ke bawah, dihasilkan susulan kerjasama SD Entertainment of Los Angeles (SD Entertainment) yang diterajui oleh penerbit animasi popular, Paul Sabella dan Jonathan Dern (pengasas MGM Animation).

Berbekal reputasi Sabella yang terkenal dalam menghasilkan animasi berkualiti dan reputasi tersendiri seperti Tom and Jerry, The Smurfs dan Pink Panther, penghasilan animasi terbaru dengan kerjasama anak tempatan sudah pasti memberi dimensi baru dalam dunia animasi tanah air.

SD Entertainment antara syarikat animasi terkenal menerbitkan pelbagai animasi popular menggunakan pelbagai dimensi antaranya My Little Pony, Candyland, Care Bears, Tonka Truck, Angelina Ballerina dan Bob the Builder.

Majlis menandatangani perjanjian penerbitan siri animasi antara kedua-dua syarikat itu dilakukan oleh Sabella dan Dern mewakili SD Entertainment manakala Spacetoon Malaysia diwakili pengerusinya, Mohd Fayez Weiss Alsabbagh dalam satu majlis ringkas di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Hadir sama menyaksikan majlis itu, Ahli Lembaga Pengarah Spacetoon Malaysia, Saidon Puteh dan Aziz Wok serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharifah Hendon AlYahya. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *