ejoeSolutions
  • Home
  • Web Design
    • Corporate Website
    • e-Commerce
    • Web Based System
      • SisEmas
      • Sistem Khairat Kematian
      • SisKop
      • Sistem Harga Emas
      • KSewa
    • Sample Design
    • Web Design Packages
  • Web Hosting
    • Personal Hosting
    • Small Business Hosting
    • Business Hosting
    • Premium Hosting
    • Plan Comparison
    • Domain Name
    • Data Center
  • Training
  • Blog
    • News
    • Tips & Info
    • Promotions
    • Jawatan Kosong Kelantan
    • Top 10
  • Contact
    • Contact
Contact
ejoeSolutions
Contact

Sandbox

  • Home
  • Pages
    • Services
      • Services I
      • Services II
    • About
      • About I
      • About II
    • Contact
      • Contact I
      • Contact II
      • Contact III
    • Career
      • Job Listing I
      • Job Listing II
      • Job Description
    • Utility
      • 404 Not Found
      • Sign In I
      • Sign In II
      • Sign Up I
      • Sign Up II
      • Terms
    • Plan Comparison
  • Projects
    • Projects I
    • Projects II
    • Projects III
    • Projects IV
    • Single Project I
    • Single Project II
    • Single Project III
    • Single Project IV
  • Blog
    • Blog without Sidebar
    • Blog with Sidebar
    • Blog with Left Sidebar
    • Blog Post
  • Documentation
info@email.com00 (123) 456 78 90

Sandbox

Sandbox is a multipurpose HTML5 template with various layouts which will be a great solution for your business.

Contact Info

Moonshine St. 14/05
Light City, London

info@email.com
00 (123) 456 78 90

Learn More

  • Our Story
  • Terms of Use
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Follow Us

Twitter Facebook-f Dribbble Instagram Youtube

Welcome Back

Fill your email and password to sign in.

Forgot Password?

Don't have an account? Sign up

User registration is not enabled
Blog

SKMM digesa kaji kawal internet

  • 07/06/2013
  • admin
  • 0 Comments

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengkaji aspek penggunaan internet di negara ini secara holistik, termasuk keperluan dan kesesuaian mewujudkan undang-undang tertentu untuk mengawalnya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] kawal Internet

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata perkara itu akan diteliti secara rasional, tidak terburu-buru tanpa membabitkan tempoh masa, dan bukan berdasarkan pertimbangan atau perspektif politik.

Katanya, kerajaan tidak boleh terlalu sensitif dengan segelintir kandungan online berbaur politik yang melakukan penyalahgunaan atas tujuan tertentu, sebaliknya perlu melihat kegunaan internet secara menyeluruh, termasuk untuk kepentingan perniagaan, mempromosi negara dan perkongsian maklumat serta pendapat dalam pelbagai bidang.

Kawal internet

Bagaimanapun pada masa sama, beliau berkata, kajian SKMM juga akan mengambil kira langkah negara lain seperti Australia dan United Kingdom yang walaupun mengamalkan dasar liberal, tetap melaksanakan inisiatif kawalan terutama bagi melindungi kanak-kanak daripada pornografi serta mengelak ancaman pengganas.

“Kita akan pantau perkara ini. Ada sesetengah perkara itu tidak perlu kita buat undang-undang seperti di Singapura. Undang-undang yang ada sudah memadai… boleh gunakan akta sedia ada, tidak semestinya kita kena buat satu peraturan perlesenan untuk tujuan itu,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke ibu pejabat Telekom Malaysia Berhad (TM) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari; Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi; Pengerusi TM, Datuk Seri Dr Halim Shafie; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

Taklimat operasi TM

Pada lawatan itu, Ahmad Shabery diberi taklimat mengenai operasi TM dan perkembangan industri telekomunikasi di negara ini, selain merasmikan jejambat yang menghubungkan Menara TM dan dua bangunan pejabat syarikat berkenaan di kawasan setempat, iaitu TM Annexe 1 dan 2.

Laporan akhbar sebelum ini memetik kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, menggesa kerajaan mencontohi langkah Singapura mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, kerajaan perlu terlebih dulu memantau keberkesanan tindakan Singapura itu, memerhati pelbagai aspek yang masih kabur berhubung pelaksanaan berkenaan, selain mengenal pasti sama ada ia dianggap suatu kaedah untuk menyekat kebebasan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, paling penting dalam konteks ini ialah rakyat Malaysia mempunyai kawalan kendiri, lebih bertanggungjawab dan bijak dalam memanfaatkan kemudahan internet, termasuk tidak menyalahgunakannya untuk mencetuskan sentimen perkauman, menabur fitnah, meracuni fikiran masyarakat sehingga merosakkan ketenteraman awam, atau terperdaya dengan pembohongan. -bharian

jawatan-kosong-ijazah-sarjana-muda-undang-undang-2011 kawal facebook kawal internet skmm Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Share
TwitterFacebookLinkedIn
admin
admin
All Posts

You Might Also Like

Read More
Blog Top 10

10 Masjid Cantik Di Kelantan

  • 16/05/2024
  • admin
  • 0 Comments
Read More
Blog Top 10

10 Stesen Pengecas EV di Kelantan

  • 16/04/2024
  • admin
  • 0 Comments
Read More
Blog Jawatan Kosong Kelantan

Jawatan Kosong Ar-Rahn PKB

  • 30/08/2023
  • admin
  • 0 Comments
Read More
Blog Top 10

10 Senarai Kereta Sewa Airport Kota Bharu

  • 31/07/2023
  • admin
  • 0 Comments
Read More
Blog Top 10

10 Senarai Kedai Emas Pasar Siti Khadijah

  • 03/07/2023
  • admin
  • 0 Comments

Would you like to share your thoughts? Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ejoeSolutions

PT 400 Tingkat 2, Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu Kelantan.

09.7405096
sales@ejoesolutions.com

© 2025 ejoeSolutions. All rights reserved.

Uil-facebook-f Linkedin Map-marker-alt

Perkhidmatan

  • Web Design
  • Web Hosting
  • e-Commerce
  • System Development
  • Training
  • Bilik Seminar

Untuk Disewa

  • Sewa Bilik Seminar
  • Sewa PC / Sewa Laptop
  • Sewa Projektor
  • Sewa Kereta Kota Bharu

System Development

  • Sisemas (Sistem Kedai Emas)
  • Siskop (Sistem Koperasi)
  • Siskhairat (Sistem Khairat)
  • Ksewa (Sistem Kereta Sewa)