Kuala Lumpur: Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) perlu diberi penekanan khususnya dalam penilaian kebolehpasaran produk oleh usahawan sendiri.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF), Firdaus Johar berkata, ia adalah elemen penting untuk memastikan geran diberikan kerajaan khususnya bagi meningkatkan jumlah pemain industri Bumiputera di negara ini benar-benar berhasil.
“Sebagai entiti yang terbabit secara tidak langsung dalam dana yang bakal diwujudkan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini kita akan mencadangkan beberapa idea dirasakan wajar dibentuk supaya matlamat program ini dicapai.
“Elemen pertama adalah sektor kebolehpasaran produk yang mana NEF sendiri melihat perlunya lantikan panel untuk menilai produk yang sesuai dibangunkan oleh seseorang individu diserahkan kepada pemain industri termasuk agensi bukan kerajaan (NGO) yang mahir mengenai keadaan semasa pasaran sebelum diluluskan pemberian dananya kepada mana-mana pengusaha,” katanya mengulas mengenai Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang menyasarkan pemerkasaan golongan itu. Katanya, dengan pelaksanaan langkah berkenaan produk serta inovasi yang ditampilkan boleh memenuhi permintaan serta bersesuaian dengan kehendak pembeli.
Menurutnya, sebelum ini antara penyebab kurangnya kreativiti dalam keberhasilan produk adalah pemilihan panel yang tidak bersesuaian bagi sebahagian industri.
“Ada yang mempunyai idea bagus tetapi malangnya kualiti produk pada peringkat akhir kurang memuaskan. Sebab itu kita akan memainkan peranan dari segi mengadakan bengkel kepada bakal usahawan khususnya mereka yang baru hendak berjinak dalam sektor keusahawanan ini,” katanya. -hmetro
nurul rabieatul dyna
30/01/2014Salam. Mcm mana nk apply. Sy berminat . Cterima kasih