Skim Kifaalah Khairatul Ummah adalah produk skim takaful berbayar yang terbaru ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd. Skim ini terbuka untuk seluruh rakyat kelantan yang berumur 18 tahun ke 59 tahun. Sebelum ini Skim Kifaalah Warga Emas dibuka kepada rakyat yang berumur 60 tahun keatas.

Maklumat Skim Kifaalah Khairatul Ummah:
Caruman : RM30 setiap tahun

Syarat Penyertaan :
I. Rakyat Kelantan sahaja
II. Lelaki dan wanita berumur dari 18 tahun sehingga 59 tahun

Faedah keahlian:
I. Khairat kematian sebanyak RM3000.00
II. Badal Haji (upah haji) sebanyak RM2000.00
III. Ahli secara automatik akan berdaftar dengan Skim Kifaalah Skim Warga Emas secara PERCUMA selepas berumur 60 tahun.

Cara Mendaftar:
1. Dapatkan borang pendaftaran Skim Kifaalah Khairatul Ummah dari laman web kifaalah.com.my atau dari penghulu kampung/mukim anda.
2. Sediakan salinan fotostat kad pengenalan diri dan wasi
3. Isi borang maklumat diri dan wasi di dalam borang Skim Kifaalah Khairatul Ummah
4. Serahkan borang yang telah diisi beserta yuran pendaftaran peserta sebanyak RM30 kepada penghulu kampung/mukim anda.

Sila hubungi Kifaalah Sdn Bhd;
KIFAALAH SDN BHD
LOT 334, TINGKAT 1, JLN SULTAN YAHYA PETRA, LUNDANG
15200 KOTA BHARU, KELANTAN

Telefon : 09-747 6767
Email: khidmat@kifaalah.com.my

admin
admin

1 Comment

  1. Mohd Afande b mohd jumin
    13/07/2021

    Hantar borang kifalah 18 hingga 59

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *