TALINN – Perkembangan pesat dalam teknologi perang siber telah menghasilkan ciptaan generasi baru digelar senjata pintar teknologi maklumat (IT) yang mungkin akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] perang siber

Pakar IT Pusat Pertahanan Siber, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Enn Tyugu berkata, senjata pintar itu mungkin sukar dikawal dan mustahil untuk mengesahkan keselamatan alat baru tersebut.

Virus Stuxnet

“Tujuan program itu dibangunkan adalah untuk menangkis serangan perisian perosak (malware) seperti Stuxnet dan Flame tetapi ia mungkin boleh mencetuskan ‘peperangan’ lebih buruk dalam alam siber,” katanya.

Difahamkan, China dan Rusia telah mengambil tindakan meningkatkan keupayaan pertahanan siber mereka sejak beberapa tahun lalu dengan menubuhkan unit IT baru.

Bagaimanapun, propaganda tetap dianggap sebagai ‘senjata siber’ paling berbahaya kerana ia menggunakan Internet sebagai medium menyebarkan mesej hasutan yang boleh mencetuskan konflik terbesar. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *