PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) yakin sektor teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) akan terus berkembang serta berdaya saing tahun depan berikutan peningkatan penggunaan jalur lebar yang semakin mendapat permintaan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] sektor ict

Presidennya, Shaifubahrin Saleh berkata, pihaknya juga positif pasaran ICT akan meningkat, malah berdasarkan statistik industri ICT mendapati sektor itu dijangka berkembang kira-kira lapan hingga 10 peratus setiap tahun.
Beliau berkata, dengan perluasan jalur lebar juga dilihat satu perkembangan positif dan dapat memberi impak kepada industri ICT pada masa depan terutama dalam mencapai negara maju berteknologi tinggi.

“Kita tidak boleh lari dengan kepentingan ICT dalam kehidupan masa kini dan negara masih meneruskan usaha bagi memantapkan lagi penggunaan teknologi untuk mencapai matlamat transformasi yang disasarkan bagi menjadikan Malaysia destinasi penyumberan luar ICT, bidang kreatif dan e-Kerajaan.

“Jika dilihat masih banyak lagi yang perlu negara kita lalui untuk mencapai fasa teknologi seperti negara maju lain yang sudah pun mengetengahkan konsep tele-kerja secara maya. Pikom percaya Malaysia sedang menuju ke arah itu, sekali gus mencapai Inisiatif Digital Malaysia,” katanya.

Menurutnya, Malaysia turut menyasar untuk menyediakan lima juta kaki persegi pusat data bagi menjadikan Malaysia hab pusat data di Asia.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *