KUALA LUMPUR – Bank-bank di Malaysia akan menyediakan sekurang-kurangnya satu kios perbankan Internet di semua cawangan masing-masing di seluruh negara untuk mempermudah orang ramai mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian dan GIRO antara bank (IBG) menjelang Mac, 2014.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] perbankan internet

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim, berkata usaha ini sejajar dengan inisiatif bank pusat itu untuk mempercepat perpindahan kepada e-pembayaran dan merupakan satu daripada strategi-strategi utama dalam Rangka Tindakan Sektor Kewangannya yang disasarkan dicapai menjelang 2020.

“Perpindahan yang berjaya berpotensi untuk mencapai peningkatan kecekapan dan penjimatan kos selanjutnya, yang akan memperkukuh kedudukan daya saing negara.

“Penyelidikan membayangkan bahawa dengan kejayaan perpindahan ke e-pembayaran, penjimatan tahunan sebanyak satu peratus keluaran dalam negara kasar boleh dicapai,” katanya pada satu taklimat media selepas mengumunkan kempen kesedaran BNM tentang IBG di sini hari ini.

Kios Perbankan Internet

Setakat ini, lebih 2,100 pondok perbankan Internet telah diwujudkan di cawangan-cawangan bank di seluruh negara, bersamaan dengan 74 peratus keseluruhan rangkaian cawangan bank di negara ini. Muhammad berkata cek dan tunai masih menjadi amalan lumrah di Malaysia buat masa ini, dan trend ini perlu dipantau.

Perniagaan dan orang ramai digalakkan mengetahui tentang faedah, ciri keselamatan dan amalan-amalan selamat berhubung perbankan dalam talian dan e-pembayaran, katanya.

Berikutan ini, BNM, bersama dengan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dan institusi-institusi perbankan, akan mengadakan satu siri jelajah di bandar-bandar utama dalam enam bulan akan datang.

Menurut Muhammad, Bank pusat itu berhasrat untuk meningkatkan penggunaan transaksi e-pembayaran sebanyak tiga kali kepada 200 per kapita menjelang 2020 daripada 56 per kapita sekarang.

Ia juga menyasarkan peningkatan transaksi kad debit sebanyak 10.6 kali kepada 30 per kapita daripada 1.2 per kapita sekarang.

Bilangan cek disasarkan untuk dikurangkan sebanyak 13 kali kepada 100 juta daripada 204 juta pada masa ini. – Bernama

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions 14.6 juta guna perbankan Internet » ejoeSolutions
    03/10/2013

    […] lebih mudah menjelang Mac tahun depan apabila semua bank menyediakan sekurang-kurangnya satu kios perbankan Internet di semua cawangan […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *