SASARAN kerajaan untuk mencapai jumlah penembusan jalur lebar kepada 75 peratus menjelang 2015 dijangka dapat dicapai lebih awal kerana setakat ini kadar penembusan mencecah 61.5 peratus.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] jalur lebar

 

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, melalui Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) kerajaan memperkenalkan dua strategi iaitu Jalur Lebar Untuk Orang Awam (BBGP) dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

“Untuk memastikan semua lapisan masyarakat dapat menggunakan perkhidmatan jalur lebar, kerajaan perlu meletakkan jaminan bahawa ia mudah digunakan dan mengikut kemampuan rakyat.

“Ia adalah penting bagi memastikan penggunaan jalur lebar dapat dinikmati orang ramai terutama untuk tujuan kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan integrasi sosial,” katanya selepas merasmikan forum Masa Depan Komunikasi dan Saling Hubung 2011 di Kuala Lumpur, semalam. -hmetro

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Altobridge ikat kontrak dengan Maxis » ejoeSolutions
    26/06/2013

    […] terbabit sejajar dengan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang menyasarkan kadar penembusan jalur lebar 75 peratus menjelang 2015,” […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *