Petaling Jaya: MyTeksi Sdn Bhd (MyTeksi) menyasarkan 50 peratus atau seorang daripada dua pemandu teksi aktif di negara ini menggunakan aplikasi tempahan teksi atas talian dikenali MyTeksi dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] myteksi

Pengasasnya Anthony Tan berkata, syarikat menjangkakan seorang daripada tiga pemandu teksi aktif akan menjadi sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan syarikat di Malaysia dan Filipina menjelang akhir tahun ini.

MyTeksi akan perluas perkhidmatan

“Ketika ini, liputan perkhidmatan MyTeksi hanya bertumpu di kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Kami bercadang meluaskannya di lebih banyak lokasi di seluruh negara dalam setiap suku bagi tahun depan iaitu sekurang-kurangnya di empat bandar utama,” katanya pada taklimat media pelan peluasan MyTeksi di sini, baru-baru ini.

MyTeksi adalah perkhidmatan tempahan dan penghantaran teksi yang menggunakan aplikasi telefon pintar dan ia mula dilancarkan kepada masyarakat negara ini pada 5 Jun 2012.

Selain Malaysia, syarikat terbabit turut menawarkan perkhidmatan sama, namun dengan nama lain di tiga negara jiran iaitu GrabTaxi (Filipina) dan Beta (Thailand serta Singapura). -hmetro

Muat turun aplikasi MyTeksi

MyTeksi iphone https://itunes.apple.com/my/app/myteksi-book-a-taxi/id517294755
MyTeksi Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myteksi.passenger&hl=ms

admin
admin

Would you like to share your thoughts?