Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan tablet terbaru, GALAXY Tab 3 Kids yang direka khas bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun.
[adsenseyu6] | ![]() |
Tablet khas untuk kanak-kanak yang pertama berada dalam pasaran itu dilengkapi dengan aplikasi pendidikan dan ciri keselamatan yang lengkap.
Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alihnya, Ng Long Shyang, berkata pihaknya membangunkan tablet berkenaan kerana kanak-kanak lebih kerap menggunakan teknologi pada masa ini.
“Tablet ini dilengkapi dengan kandungan berkonsepkan pendidikan, kreativiti serta permainan dan terdapat lebih 600 aplikasi kanak-kanak yang boleh dimuat turun menerusi Kid’s Store,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran tablet berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih SME, Vincent Chong serta Pengurus Produk (Tablet dan Komputer) SME, Victor Ng.
Samsung GALAXY Tab 3 Kids didatangkan dalam warna kuning dan mula memasuki pasaran semalam.
Harga GALAXY Tab 3 Kids
Ia dijual pada harga RM799 dan dilengkapi dengan ciri seperti paparan skrin tujuh inci serta beroperasi menerusi sistem Android 4.1. Selain itu, ia juga mempunyai sambungan WiFi, bluetooth 3.0 dan USB 2.0 serta memori dalaman dengan kapasiti lapan gigabytes.
Ng berkata, walaupun tablet berkenaan direka untuk kanak-kanak, ia mempunyai dwi fungsi yang membolehkan ibu bapa turut sama menggunakannya. -bharian