Samsung Electronics Co, Ltd (Samsung) memulakan kategori baru bagi penawaran produk syarikat itu apabila memperkenalkan jam pintar Galaxy Gear di Berlin, Jerman, semalam. Jam pintar terbabit adalah produk pertama bagi syarikat ini dalam kategori yang dikenali sebagai peranti pengkomputeran mudah dipakai.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] samsung galaxy gear

Presiden dan Ketua Eksekutif Samsung, JK Chin berkata kategori ini bukan saja memperkenalkan produk baru tetapi memberi pengalaman dan cara baru berinteraksi dengan digital.

“Galaxy Gear adalah integrasi teknologi peranti pintar ke dalam kehidupan pengguna yang lebih mendalam. Ia juga merapatkan teknologi telefon bimbit dan dunia fesyen sebagai teknologi pengkomputeran mudah dipakai.

“Ia memberi apa yang kami panggil ‘smart freedom’ iaitu membolehkan pengguna memilih cara, masa dan tempat teknologi itu digunakan,” katanya di acara Samsung Unpacked 2013 di Tempodrom, Berlin, semalam.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Think Tank di Samsung Research America, Pranav Mistry berkata, masa depan dunia digital kini memasuki fasa baru.

“Dengan ini, terdapat cara baru berinteraksi bersama produk digital,” katanya. “Galaxy Gear adalah hubungan kepada dunia maklumat,” katanya lagi.

Ia sentiasa berhubung dengan telefon pintar yang boleh disimpan dalam poket atau beg dan pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon pintar itu untuk membuat panggilan atau membaca notifikasi.

Notifikasi seperti e-mel atau mesej baru dipaparkan pada skrin 1.63 inci Galaxy Gear manakala panggilan boleh dibuat dengan hanya mengangkat tangan kepada telinga, aksi sama seperti mengguna telefon bimbit biasa.

Ciri S Voice pula membolehkan pengguna memberi arahan suara untuk tugasan seperti membuat panggilan atau menghantar pesanan ringkas.

Kamera pada Galaxy Gear

Selain itu, kamera 1.9 megapiksel pada tali jam boleh merakam gambar yang seterusnya boleh dikongsi dengan mudah. Galaxy Gear juga mempunyai aplikasi khasnya sendiri dan Mistry berkata, bateri bagi Gear dapat bertahan kira-kira 25 jam dengan satu cas.

Galaxy Gear boleh diguna bersama Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 edisi 2014 yang juga diperkenalkan pada acara yang sama.

Note 3 kini mempunyai skrin lebih besar bersaiz 5.7 inci tetapi masih lebih nipis dengan ukuran 8.3 mm serta lebih ringan dengan berat 168 g berbanding model sebelum ini.

Fungsi S Pen bagi Note 3 juga diperkasakan dan kini mempunyai lebih banyak keupayaan terutama dalam penggunaan berbilang tugas dengan kuasa bateri dipertingkat sehingga 40 peratus lagi.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *