NEW YORK: Samsung terus menyemarakkan segmen telefon pintar global apabila syarikat itu melancarkan Galaxy S4 sebentar tadi. 

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] galaxy s4

“Untuk setiap individu kehidupan ini adalah satu perjalanan . Apa yang kami mahu tampilkan adalah peranti yang boleh dibawa bersama ke mana saja; atau teman yang dapat membantu kita menjalani kehidupan lebih bermakna,” kata Ketua Jabatan Komunikasi Mudah Alih Samsung di sini, sebentar tadi.

Gergasi produk elektronik Korea Selatan itu memperkenalkan siri telefon pintar daripada model Galaxy di Dewan Muzik Bandar Radio menerusi satu majlis berkonsepkan persembahan teater sebagai usaha menampilkan kelainan ketika melancarkan produk baru mereka.

Galaxy S4 mula dijual penghujung april

Pada masa sama, Samsung turut mengumumkan model terkini telefon pintar Galaxy S4 akan dipasarkan ke 155 negara pada penghujung April depan.

Galaxy S4 yang menampilkan ciri lebih nipis dan kaya dengan pelbagai aplikasi terkini turut dilengkapi teknologi Definisi Tinggi, saiz skrin pada 12.7 sentimeter serta keupayaannya memahami sembilan bahasa di dunia. – AFP

admin
admin

1 Comment

  1. Jualan Samsung Galaxy S4 cecah 10 juta unit » ejoeSolutions
    29/05/2013

    […] Galaxy S4 telah terjual 10 juta unit di seluruh dunia, atau empat unit setiap saat, sejak ia dilancarkan secara global pada 27 April […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *