Seoul: Beberapa hari selepas Apple Inc melancarkan iPhone 5, sudah tersebar maklumat Samsung Electronics akan melancarkan varian terbaru Samsung Galaxy S4 pada Februari 2013 di Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol.

Klik untuk besarkan gambar
Galaxy-S4 [adsenseyu7]

 

Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII.

Seperti dijangka dalam sebuah telefon pintar generasi terbaru, peranti itu akan dipadankan dengan perkakasan dan perisian terbaik yang boleh ditawarkan Samsung.

Galaxy S4 tampilkan perubahan

Akhbar itu yang memetik seorang pegawai Samsung berkata, sebahagian besar daripada perubahan yang akan ditampilkan nanti akan berada di dalam peranti, bukannya bahagian luaran.

“S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu,” kata pegawai itu.

Telefon pintar terbaru itu dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy SIII termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE (4G) dan penggunaan pemproses keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm, bergantung kepada negara di mana peranti itu dijual.- AGENSI

admin
admin

1 Comment

  1. Samsung bakal lancar Galaxy S IV - ejoeSolutions
    26/02/2013

    […] Samsung Electronics Co Ltd akan melancarkan model telefon pintar terbarunya, Galaxy S IV, pada 14 Mac ini di New York. Ia berikutan laporan peningkatan permintaan bagi peranti mudah alih di AS sekali gus bakal memberi […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *