Samsung Malaysia Electronics, peneraju global digital media memperkenalkan satu evolusi baru dalam komunikasi dengan membawakan Samsung Galaxy Camera yang didatangkan dengan ciri prestasi tinggi fotografi, 3G dan sambungan WiFi dikuasai oleh Android 4.1 (Jelly Bean).
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, pengenalan kamera terbaru ini melambangkan perkembangan kamera dari masa ke masa. Dengan kerjasama antara mudah alih dan Unit Pengimejan Digital telah membawa Samsung untuk mencipta kamera yang benar-benar menghubungkan.
“Kami sedang merevolusikan komunikasi visual dengan memberikan pengguna kebebasan sepenuhnya untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana-mana dan perkongsian serta-merta.
“Dengan kepimpinan dalam reka bentuk dan teknologi, Samsung akan terus memperkenalkan peranti inovatif untuk meningkatkan pengalaman pengimejan pengguna,” katanya.
Mudah kongsi gambar dengan Samsung Galaxy Camera
Kamera ini membolehkan pengguna berkongsi foto istimewa serta merta menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram di semua pengedar sah Samsung dengan harga RM1,899 seunit. -sinar harian